Pada bulan April 2013 yang lalu, satu pemantuan audit telah dijalankan untuk menilai tandas yang terbaik. Tujuan pemantauan ini dilakukan adalah untuk menggalakkan lagi budaya 5S di kalangan warga Kolej Profesional MARA Seri Iskandar.
Blog 5S KPM Seri Iskandar
Thursday, 4 April 2013
Tuesday, 26 March 2013
Pencarian Meja Terbaik 2013
Sepanjang bulan Februari 2013, Ahli Jawatan Kuasa Induk 5S Kolej Profesional MARA Seri Iskandar telah melancarkan pencarian meja terbaik di kalangan kakitangan dan pensyarah KPM Seri Iskandar. Tujuan acara ini dilakukan adalah untuk menggalakkan semua warga kerja KPMSI mengamalkan budaya 5S dalam kerja seharian mereka. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memotivasikan kakitangan dan pensyarah supaya bersemangat untuk melakukan aktiviti 5S di tempat kerja mereka. Terima kasih diucapkan kepada para juruaudit yang sudi meluangkan masa dalam usaha mencari meja yang terbaik dan tidak lupa kepada wargakerja KPMSI yang bertungkus-lumus mengemas dan mencantikkan meja mereka demi menuju ke arah pensijilan 5S. Syabas untuk anda semua!
Sunday, 17 March 2013
Pembudayaan 5S di Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
Kini, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar sedang berusaha untuk mendapatkan Sijil Pengiktirafan 5S di mana ia dapat membantu KPM Seri Iskandar menjadi sebuah organisasi yang teratur dan tersusun sama ada dari segi pengurusan mahupun akademik. Jadi, dalam membantu meningkatkan usaha untuk mendapatkan sijil ini, pihak pengurusan KPMSI telahpun mengadakan beberapa aktiviti untuk mendedahkan budaya 5S kepada kakitangannya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, pertandingan mencipta logo, sudut 5S terbaik dan lain-lain lagi. Semoga usaha yang dijalankan oleh KPMSI mampu untuk mendapatkan sijil pengiktirafan 5S.
Subscribe to:
Posts (Atom)